Ahad, 29 Januari 2012

Selepas Kes Liwat 2 gagal sebagai strategi utama kepada Anwar dan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan PRU13, mereka terpaksa merangka strategi lain agar momentum sokongan rakyat khususnya pengundi kekal bersama PR. Malangnya, sentimen 'simpati' yang diharapkan dari kes liwat itu tidak menjadi setelah mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dilepaskan berpunca daripada masalah teknikal penyimpanan bukti DNA lelaki Y yang merujuk kepada Anwar.

Sebab itulah sejak beberapa hari lalu, Anwar dan pakar strategik mereka terpaksa menyusun kembali perancangan mereka termasuklah sehingga terdesak mengeluarkan kenyataan menyokong zionis dan Israel, satu tindakan yang gila dan memang terdesak. Memetik artikal utusan pagi ini:

"Anwar terperangkap dengan agenda Zionis"

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seorang pakar hubungan antarabangsa menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terperangkap dengan agenda licik Israel apabila Ketua Pembangkang itu menyokong agenda melindungi keselamatan rejim Zionis.

GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, sebagai negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin, Anwar walaupun seorang pemimpin pembangkang di negara ini tidak sepatutnya berkata demikian.

Menurutnya, kenyataan Anwar itu jelas bertentangan dengan hasrat seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat melihat hak rakyat Palestin segera dikembalikan oleh rejim Zionis.

"Sebagai sebuah negara yang menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin, semua rakyat negara ini termasuk pemimpin pembangkang harus bersama-sama mendukung hasrat ini.

"Dengan kata lain, mana-mana pemimpin sekalipun tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan hasrat ini walaupun ia sekadar menyentuh isu keselamatan Israel," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar di dalam wawancaranya bersama The Wall Street Journal kelmarin yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Dalam perkembangan berkaitan Azmi berkata, sejak dahulu lagi Tel Aviv sering menggunakan agenda keselamatan negara untuk mendapatkan sokongan.

Beliau berkata, melalui strategi licik itu Israel sedaya upaya akan memerangkap mana-mana pihak supaya turut sama menyokong agenda tersebut dan sekali gus memperlihatkan pertentangan dengan usaha membebaskan rakyat Palestin.

"Ini merupakan strategi rejim Zionis. Atas sebab itu semua pihak harus berhati-hati dengan strategi yang digunakan oleh Israel ini," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, pemimpin dari Malaysia tidak sepatutnya menyokong agenda melindungi keselamatan Israel.

"Kita sebagai pertubuhan bukan kerajaan tidak menyokong Israel kerana mereka dengan jelas telah melanggar undang-undang, melakukan kekejaman dan keganasan kepada rakyat Palestin.

"Sepatutnya, hak rakyat Palestin dikembalikan dan Israel yang merupakan entiti penjenayah tidak layak berada di tanah Palestin," ujarnya.

Utusan

YPS ~ bila Anwar di temuramah oleh media Barat, dia lebih Yahudi dari Israel.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..