Sabtu, 22 Mac 2014

#prkKajang: 10 DALIL Pengundi Perlu TOLAK @DrWanAzizah & #PKR - @ZulkifliNoordin #pilihMeiFun #TolakWAWI

Salam buat semua. Hari ini, sehingga jam 12 tengah malam ini, merupakan hari terakhir dibenarkan berkempen bagi PRK N 25 DUN Kajang.

Bagi yang seusia YPS atau yang sudah berpolitik sejak Anwar Ibrahim mula dibawa masuk menyertai UMNO oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir pasti pernah mendengar serta membaca buku Khalid Jafri bertajuk "50 dalil kenapa Anwar tidak layak menjadi PM" diterbitkan pada Mei 1998.

YPS antara individu yang pernah membaca buku tersebut. Melihat kepada kandungan buku tersebut, memang apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak melayakkan beliau menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Kali ini, Zulkifli Noordin (bekas penyokong kuat Anwar Ibrahim yang menggerakkan Reformasi 1.0 dan bekas Ahli Parlimen PKR) menggariskan pula 10 dalil kenapa rakyat khususnya pengundi-pengundi DUN Kajang perlu menolak Wan Azizah dan PKR.

Wan Azizah menjadi calon PKR DUN Kajang setelah suaminya, Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya kerana meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Di bawah ini YPS sertakan petikan penulisan Zulkifli Noordin bertajuk 'TAZKIRAH KAJANG - NO 2 ANWARIZAH'.


Dan ahli-ahli PAS wajib mendesak Wan Azizah memberikan penjelasan tentang pendirian beliau samada sebagai isteri Anwar Ibrahim atau ibu kepada Nurul Izzah atau dalam kedudukan beliau sebagai Presiden PKR dalam isu-isu fundamental berikut: 

1. KALIMAH ALLAH – apakah pendirian Wan Azizah dalam isu kristian mahu mengguna-pakai kalimah Allah? Adakah Wan Azizah berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Umum PKR seperti yang dinyatakan didalam Gereja Holy Family Church, Kajang pada 16.02.2014 bahawa kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah; sedangkan pendirian ini bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang dibaut pada 13.01.2013? 

2. SAMAN DATUK SERI HADI AWANG ­– apakah pendirian Wan Azizah dalam kes saman dan penghakiman RM2 juta yang dibuat oleh pemimpin PKR Trengganu dan calon PKR Bukit Besi Shamsul Mat Amin? Jika Wan Azizah bersetuju, ini satu penghinaan terhadap Prseiden PAS dan pengkhianatan terhadap kerjasama politik PAS-PKR. Jika tidak bersetuju, apakah tindakan Wan Azizah terhadap Shamsul Mat Amin; adakah beliau akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dipecat atau di arah menarik balik saman terhadap Datuk Seri Hadi Awang? 

3. PLURALISMA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat di London School of Ecnomics London yang membawa maksud bahawa semua agama adalah sama; apa yang disebut oleh Allahyarham Prof Dr. Uthman El-Muhammaddy sebagai fahaman pluralisma yang boleh merosakkan aqidah. Adakah Wan Azizah bersama sependapat dan sependirian dengan Anwar dalam isu ini? 

4. MURTAD LINA JOY - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa ‘Lina Joy (Azlina Jailani) memang patut diberi kebenaran untuk menukar agamanya (daripada Islam ke kristian). Itu adalah haknya’.  Ringkasnya Azlina Jailani patut dibenarkan murtad. Persoalannya, adakah Wan Azizah bersama satu pendirian dengan Anwar dalam isu ini iaitu membenarkan murtad dikalangan umat Islam? 

5. NURUL IZZAH DAN MELAYU MURTAD - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR yang juga anak sulongnya Nurul Izzah Anwar pada 03 Nov 2011 di premis Gereja Tabernacle USJ yang membawa maksud orang Melayu wajar diberi kebenaran untuk menukar agamanya sebagaimana kaum lain. Ringkasnya orang Melayu wajar dibenarkan murtad. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian Naib Presiden PKR yang juga anak kandungnya sendiri? 

6. MURTADNYA NOR AZMAN - apakah pendirian Wan Azizah apabila ahlinya bernama Nor Azman Abdullah menukar agama daripada Islam kepada kristian. Nor Azman adalah saksi bagi Anwar dalam kes liwat terhadap Azizan Abu Bakar. Beliau juga adalah calon PKR bagi Parlimen Kapit dalam PRU-11 dan calon PKR bagi DUN Engkili dalam PRN Sarawak 2001. Beliau dilapurkan telah menukar agama dan memakai nama Beginda Anak Minda. Anak Beginda juga terlibat dalam kontroversi membawa sosej babi ke sekolah. Persoalannya, apakah pendirian Wan Azizah dalam isu ini, adakah beliau bersetuju atau sebaliknya? 

7. MENJAGA KESELAMATAN ISRAEL - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang dibuat kepada akhbar Wall Street Journal bahawa ‘saya menyokong sebarang usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini dan berkongsi pendirian dengan suaminya yang juga Ketua Uum PKR? 

8. BAR COUNCIL & LIWAT SUKA SAMA SUKA - apakah pendirian Wan Azizah dengan kenyataan Christopher Leong, Presiden Majlis Peguam Malaysia yang mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada 07 Mac 2014 mensabitkan Anwar dengan pertuduhan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara; bilamana Christopher menyatakan bahawa ini adalah kes ‘liwat suka sama suka’. Adakah Wan Azizah bersetuju dengan pendirian ini? Jika ya, adakah Wan Azizah bersetuju dengan amalan seks bebas LGBT? Jika tidak bersetuju, adakah Wan Azizah akan menyaman atau menegur Presiden Majlis Peguam ini? 

9. SAKSI ALIBI - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan mengapa beliau tidak hadir sebagai saksi alibi dalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap pembantunya Saiful Bukhari Azlan. Ini adalah kerana didalam Notis Alibi kepada Mahkamah, peguam Anwar Ibrahim menyenaraikan Wan Azizah sebagai saksi. Namun Wan Azizah, dan saksi-saksi alibi yang lain telah tidak hadir memberi keterangan ke Mahkamah; menyebabkan pembelaan alibi Anwar gagal dikemukakan. Jadi Wan Azizah bertanggungjawab memperjelaskan kepada ahli PAS dan pengundi DUN Kajang mengapa beliau tidak hadir memberi keterangan dalam kes melibatkan Ketua Umum PKR yang juga suaminya sendiri? 

10. JAM OMEGA - Wan Azizah juga wajib memperjelaskan dimana jam Omega yang didedahkan oleh Datuk Eskay Shazryl. Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Anwar Ibrahim menyatakan jam Omega itu ada dalam simpanan Wan Azizah, dan ini diperakui oleh Wan Azizah sendiri didalam satu sidang media. Namun Datuk Eskay telah mengeluarkan satu videoklip menunjukkan jam Omega itu ada dalam simpanannya, dan beliau telah menyerahkan kepada pihak Polis yang menjalankan siasatan. Isu jam Omega ini bukan satu isu kecil, tetapi melibatkan isu kredibiliti dan kewibawaan; samada Wan Azizah dan Anwar berbohong atau Datuk Eskay yang berbohong. Maka wajib bagi Wan Azizah memberikan penjelasan tentang perkara ini. SELANJUTNYA, baca di SINI. 
Itulah sedikit pedoman dari salah seorang penyokong kuat Anwar Ibrahim suatu ketika dulu buat pengundi-pengundi DUN Kajang.

Selamat Mengundi. #PilihMeiFun #TolakWAWI #BNtradisimembelarakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..