Selasa, 22 Julai 2014

Ketua Umum PKR Umum ISTERI Ganti @Khalid_Ibrahim #LakiBini #Soladirity4KI


Segala tanda tanya berkaitan krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membawa kepada perebutan kerusi Menteri Besar Selangor kian terjawab.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan isteri beliau yang juga Presiden PKR sebagai calon bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jom baca laporan Malaysiakini yang YPS kongsikan di sini.

Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara rasmi dipilih untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu hanya mencadangkan nama Wan Azizah yang dianggap sebagai pemimpin yang mampu membawa kestabilan dan mengembalikan sokongan kepada Pakatan Rakyat Selangor.


Menurut Anwar, Azizah yang juga isterinya dapat menyelesaikan isu air, lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan isu infrastruktur asas seperti sampah di negeri itu.


"Konsensus kita akan teruskan keputusan awal dan hanya letak satu nama untuk diberikan kepada majlis pimpinan Pakatan.


"Sudah tentu Tan Sri Khalid Ibahim diminta teruskan peranan beliau untuk bantu pentadbiran Selangor," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Petaling Jaya.


Anwar menyatakan majlis pimpinan tertinggi Pakatan akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi mendapatkan konsensus mereka.


Beliau menyatakan PAS dan DAP sebelum ini telah pun bersetuju perubahan kepimpinan di Selangor tetapi nama pengganti Khalid masih belum dibincangkan.


"Kita akan bentangkan secara rasmi dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rabu ini.


"PAS setuju perubahan kepimpinan Selangor tapi calon (menteri besar) belum diputuskan walaupun ada dibicarakan dalam mesyuarat sekretariat pakatan sebelum ini.


"Tapi ia belum dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan walaupun konsensus ada untuk peralihan pentadbiran yang baik dan tersusun," kata beliau.


Bagaimanapun Anwar gagal memberitahu bilakan peralihan kuasa ini berlaku dan hanya berkata ia "secepat yang boleh."


"Kita juga teruskan perbincangan dengan pihaknya (Khalid) dalam perkara ini," kata beliau.


Anwar turut menafikan laporan portal-poral yang menyatakan beliau telah pun melantik beberapa pemimpin PKR untuk mengganggotai pentadbiran baru Wan Azizah.


"Tidak ada perbincangan mengenai lantikan mana-mana pemimpin," tegas beliau.


Hahaha... Adoiiiii... Mudah betul Anwar mencatur perjalanan politik beliau dan keluarganya.

Yang buat teman nak gelak tu, parti PAS (Parti Islam SeMalaysia) ni.

Penubuhannya jauh lebih lama dari PKR, TETAPI BERJAYA DIKELDAIKAN OLEH Anwar Ibrahim sekeluarga. Hahaha...

Apapun, kita tunggu apa keputusan perbincangan mereka nanti... 

#SolidarityForKhalidIbrahim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..