Khamis, 24 Julai 2014

Tuntutan Himpunan Aman #Justice4MH17 Sejajar Dengan Usul Sidang Khas Parlimen @najibrazak @azwanbro #TragediMH17

Himpunan aman anjuran Pemuda Barisan Nasional dan NGO Malaysia yang berlangsung dihadapan kedutaan Ukraine dan Rusia semalam mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

Ada yang memuji dan tidak kurang juga yang mencela penganjuran himpunan aman #Justice4MH17 yang disertai lebih dari 500 ahli Pemuda BN dan gabungan NGO yang berlangsung di hadapan kedutaan Rusia dan Ukraine.

Menurut mereka, himpunan aman tersebut tidak wajar diadakan memandangkan Malaysia telah berjaya memperolehi semula kotak hitam dan mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pihak tertentu.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang juga penganjur himpunan tersebut ketika ditanya pemberita, beliau menjelaskan tujuan himpunan aman tersebut adalah untuk mendesak agar pihak Rusia, Ukraine serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mewujudkan satu badan penyiasat antarabangsa bagi mencari dan mengheret pihak yang bertanggungjawab kemuka pengadilan.

Tuntutan tersebut dinyatakan melalui satu memorandum yang telah diserah dan diterima oleh pihak kedutaan Rusia, Ukraine dan PBB.

Dan hari ini, seperti yang telah dijadualkan, satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membentang dan meluluskan beberapa usul berkaitan nahas pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) tersebut.

Di bawah ini adalah sebahagian daripada usul yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini.


Usul Dan Aturan Urusan Mesyuarat Khas Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua

Perdana Menteri mencadangkan :


BAHAWA Dewan yang mulia ini, menzahirkan perasaan sangat dukacita, rasa amat sedih dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.


BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, turut merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang amat mendalam, kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17 tersebut.


BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17, sehingga telah mengorbankan nyawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal yang tidak berdosa.


BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.


DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga, menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17, segera dihadapkan ke muka pengadilan.


Merujuk kepada usul yang telah dibentang dan diluluskan dalam sidang khas Dewan Rakyat itu semalam, ianya sejajar dengan tuntutan dan desakan Pemuda BN selaku penganjur himpunan aman #Justice4MH17 kelmarin.

Seperti yang dinyatakan oleh Azwan, tidak cukup sekadar menyerahkan kotak hitam dan mayat mangsa, tetapi kita mahukan penyiasatan menyeluruh diadakan untuk mengheret pihak yang bertanggungjawab kemuka pengadilan.

Maka, dimana ketidakwajaran himpunan aman #Justice4MH17 yang dianjurkan oleh Pemuda BN semalam??? Bukankan usul yang sama turut dibentang dan diluluskan oleh Parlimen semalam???

Menembak jatuh pesawat awam yang membawa 298 penumpang dan krew penerbangan dari 9 buah negara adalah satu bentuk jenayah antarabangsa yang perlu dibendung.

Malaysia serta negara yang mana warganegara mereka terbunuh dalam nahas tersebut perlu tahu punca kejadian dan kebenaran disebalik tragedi yang menyayat hati. 

Atas dasar perikemanusiaan, kita patut melakukan apa yang mampu untuk mendesak agar diwujudkan badan penyiasat antarabangsa seperti mana yang dilakukan oleh mereka kelmarin.

Malah, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan membahas usul mengutuk tindakan mengenai tragedi MH17 bersetuju supaya pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Kita perlu memastikan kalangan yang bertanggungjawab itu dihadapkan ke mahkamah antarabangsa dan saya menggesa kerajaan dalam keadaan berhadapan dengan dua kuasa besar kita perlu tegas dan tidak memperlihatkan rasa bimbang untuk mendakwa pihak bertanggungjawab," katanya.

YPS dan rakyat Malaysia yang prihatin dengan waris mangsa yang kehilangan insan tersayang, kami berdiri teguh dibelakang Azwan dan peserta himpunan aman #Justice4MH17 kelmarin, menuntut keadilan buat mereka yang tidak berdosa

Semoga Allah menempatkan mangsa #tragediMH17 yang beragama Islam dikalangan hambaNya yang beriman & beramal soleh.

AL FATIHAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..