Rabu, 6 November 2013

CADANGAN KARPAL, CUBAAN LENYAPKAN KEKUASAAN MELAYU DAN ISLAM

CADANGAN Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar disertai semua rakyat sebagai tidak relevan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat cadangan tersebut dilihat sebagai strategi halus untuk melenyapkan penguasaan dan kepentingan masa depan orang Melayu di negara ini.
Katanya, apabila parti politik berasaskan kepentingan kaum dan agama dibatalkan secara tidak langsung asas perjuangan sesuatu kaum itu sudah tersasar daripada matlamat asalnya.
Beliau menyebut contoh bagaimana penyatuan seluruh orang Melayu termasuk tokoh-tokoh agama bersama UMNO telah berjaya menumbangkan Malayan Union dan menjadi perintis kepada kemerdekaan negara.
“Orang Melayu khususnya umat Islam bersatu di bawah lambang UMNO atas semangat nasionalis dan menjunjung syariat agama ketika menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris,” tegasnya.
Justeru kata beliau, cadangan karpal Singh itu selain daripada tidak relevan juga dilihat sebagai strategi halus pihak tertentu untuk melenyapkan ketuanan Melayu dan umat Islam di negara ini.
Semalam dalam sidang media di Pulau Pinang, Karpal Singh telah mencadangkan parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai agar boleh disertai oleh semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama.
Beliau dipetik sebagai berkata cara tersebut merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini.
“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya termasuk, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu,” kata karpal Singh.
Cadangan Karpal Singh itu bagaimanapun turut menerima kecaman keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS yang menyifatkannya sebagai tidak berasas dan membahayakan kepada kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
Menurut Syed Ali lagi, orang Melayu khususnya umat Islam dikhuatiri tidak mempunyai tempat untuk memperjuangkan nasib mereka jika parti politik berasaskan kaum dihapuskan.
Katanya, orang Melayu di negara ini masih lagi meletakkan harapan mereka kepada parti politik berasaskan kaum seperti UMNO dan PAS dalam memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.
Sebaliknya beliau menegaskan, DAP yang kononnya parti berasaskan kaum merupakan parti rasis yang sengaja meminggirkan kepentingan orang Melayu yang menjadi ahli parti itu.
“Mengapa Karpal Singh bercakap tidak serupa bikin, orang Melayu dalam DAP pun diketepikan dan tidak diberi ruang untuk memegang jawatan penting dalam parti itu,” tegasnya.
“Pelbagai kaum kononnya ada dalam DAP tetapi malangnya telah dan akan disisihkan, sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan kaum mereka (China).
Menurut Syed Ali, UMNO sebagai parti terbesar mewakili orang Melayu dan umat Islam di negara ini tetap berpegang kepada prinsip perjuangan untuk kepentingan Melayu tetapi dalam masa yang sama turut menjaga kepentingan kaum lain.
Oleh sebab itu katanya, gagasan penubuhan PERIKATAN yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) tetap mengambilkira kepentingan kaum-kaum lain yang mewakili pelbagai parti untuk membetuk sebuah kerajaan yang adil.
“Gagasan serta kaedah permuafakatan BN diterima sehingga ke hari ini di mana orang Melayu dan bukan Melayu termasuk Islam dengan bukan Islam boleh hidup dalam sebuah kerukunan berasaskan semangat perpaduan dan bertolak ansur,” ujarnya.
Pembentukan itu tambah beliau, menjadi batu asas kepada perpaduan rakyat pelbagai kaum dan kestabilan negara yang diasaskan sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang.
“Cadangan Pengerusi DAP itu sebenarnya muslihat untuk meruntuhkan tembok perpaduan yang dibina sekian lama, agenda mereka untuk menguasai negara ini walaupun menggadaikan kepentingan rakyat,” tegasnya.
Tambah beliau lagi, cadangan Karpal Singh itu amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian serius kerana ternyata mempunyai maksud yang tersirat.
“Hari ini dia cadangkan parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan, mana tahu esok lusa ada pula pihak yang akan cadangan perkataan ‘Melayu’ dihapuskan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu,” tegasnya.
Dalam masa yang sama, PAS juga mengecam cadangan Karpal. Tetapi mereka masih bersama dalam sebuah Pakatan Rakyat. 
DAP adalah ancaman kepada ISLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..