Khamis, 7 November 2013

KIT SIANG BELA KARPAL, MEDIA DIDAKWA PUTAR BELIT

Menyedari keterlanjuran Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya semalam, Lim Kit Siang selaku penasihat DAP dengan pantas menarik ‘hand break’  kononnya bagi membetulkan keadaan.
Karpal semalam telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan. 
Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius. 
Bertindak menjernihkan suasana, Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Tasik Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. 
Menurut Kit Siang lagi, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald. 
Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu. Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan. 
Lebih membimbangkan mereka, apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi PAS menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.
Kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut. 
Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan, Kit Siang terpaksa men‘mengalah’ dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media. 
Sedangkan selain media arus perdana, media-media pembangkang juga dilihat menyiarkan kenyataan Karpal itu. Antaranya ialah portal Malaysia Insider, Malaysiakini dan sebagainya. 
Sekiranya Kit Siang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belitkan, ini bermaksud bahawa media-media pembangkang juga telah tersilap dalam laporan yang dikeluarkan? 
Dalam bahasa lain, media pembangkang telah tersalah ‘spin’ kenyataan Karpal sehingga menyebabkan mereka di dalam pakatan pembangkang saling bergaduh antara satu sama lain. 
Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa media pembangkang adalah merupakan media yang suka ‘spin’ bagi menanamkan sentimen kebencian rakyat kepada pihak kerajaan. 
Kesimpulannya, sekiranya apa yang didakwa oleh Kit Siang mempunyai kebenarannya, Karpal dituntut mengemukakan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan Malaysiainsider. 
Tambahan pula Karpal sebagai seorang peguam yang hebat sepatutnya tahu akan haknya memandangkan ini bukanlah kes yang pertama berhubung media. 
Malah menurut rekod dia juga pernah berulang kali mengemukakan saman sama ada bagi pihaknya atau anak guamnya. Jadi tidak timbul sebarang isu tersalah tafsir atau sebagainya. 
Bagi YPS, tindakan Lim Kit Siang sekadar lakonan semata-mata. Bukan sekali dua perkara sebegini berlaku. Apakah Karpal terlalu bodoh atau nyanyuk untuk mengeluarkan kenyataan yang bakal menimbulkan kontroversi dan bantahan terutamanya kenyataan tersebut melibatkan rakan sekutu mereka. 
Kit Siang tetap membela Karpal dengan meletakkan kesalahan kepada laporan media. Tetapi, adakah mereka memohon maaf kepada PAS atas salah lapor tersebut? 
Yang jelas dan pasti, mereka cuba test market isu sebegini. Dan akan ada antara mereka sendiri cuba menjadi penyelamat. Lebih jelas lagi, DAP tidak pernah menghormati PAS dalam Pakatan Rakyat. 
Samada PAS sedar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS rela diperalatkan dan akan sentiasa menjadi alat dalam Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..