Ahad, 27 Julai 2014

#YayasanTransformasiPasirSalak Turun Padang Selepas #Aidilfitri @azwanbro @NajibRazak @ZambryAbdKadir @khairykj #YTPS #KBYTPS

YB Dato' Zainol Fadzi, Azwan, Ramelle & Haji Ayub bergambar bersama ahli Yayasan Transformasi Pasir Salak yang berkesempatan hadir.
Semalam, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) berjaya menganjurkan Majlis Iftar Ramadan bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Berucap di majlis tersebut, Khairul Azwan Harun selaku Pengerusi YTPS berkata, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri YTPS akan mula mengadakan pelbagai program aktiviti kemasyarakatan seperti mana yang telah dirancang.


"In Shaa Allah, selepas sambutan hari raya Aidil Fitri ini Yayasan Transformasi akan memulakan program kemasyarakatan seperti mana yang telah kita rancang.

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, YTPS akan bekerjasama dengan pusat khidmat ADUN Kawasan Kampung Gajah dan ADUN Kawasan Sungai Manik bagi mendapatkan maklumat berkaitan golongan penduduk yang memerlukan bantuan," tambah Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

"Kita akan turun padang, menjalankan kerja secara gotong royong bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung," ujarnya.

YTPS mempunyai ahli-ahli yang berkebolehan dalam pelbagai bidang terutamanya bagi kerja baikpulih rumah melibatkan pendawaian elektrik serta baikpulih bumbung rumah.

“Satu ketika dahulu, kita berjaya membaikpulih bumbung rumah penduduk di Kampung Sungai Jejawi. Kita akan lakukannya sekali lagi,” tegas Azwan.

Azwan turut memaklumkan bahawa Yayasan Transformasi turut mempunyai sebuah kelab belia dinamakan Kelab Belia Yayasan Transformasi Pasir Salak, dan kita juga akan mengadakan pelbagai program melaluinya.

"Dibawah kelab ini, kita akan menganjurkan pelbagai program bagi golongan belia seperti kelas-kelas tuisyen dan motivasi untuk golongan muda atau belia," ujarnya.

Ahli-ahli YTPS mendapat duit raya sumbangan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang disampaikan oleh YB Dato' Haji Zainol Fadzi.
Mengakhiri ucapannya, Azwan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan berpesan supaya sentiasa berhati-hati memandu bagi yang akan balik ke kampung halaman.

Hadir sama, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, Ahli EXCO Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kawasan Sungai Manik, Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, Timbalan Pengerusi YTPS dan Dato' Haji Ayub Mohamed, Timbalan Presiden Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..