Khamis, 5 April 2012

SEMANGAT PRU13 :Perak Negeri Pertama Lancar Jentera Pemuda

Pergerakan Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) Perak akan melancarkan jentera pilihanraya pada 14 April ini yang mensasarkan penyertaan lebih 10,000 ahli dari pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan mahasiswa dengan matlamat memastikan BN diterima oleh golongan muda kerana hampir 38 peratus daripada daftar pengundi adalah pengundi berumur bawah 40 tahun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dijangka melancarkan program itu di kediaman rasmi Menteri Besar pada jam 2 petang dan Perak adalah negeri pertama yang melancarkan jentera pilihanraya di peringkat Pergerakan Pemuda dan Puteri BN seluruh Malaysia, sekaligus menjadi contoh kepada negeri yang lain.

“Pergerakan Pemuda dan Puteri BN Perak percaya dengan aspirasi presiden parti yang menaruh keyakinan terhadap kemampuan kedua-dua sayap muda dalam memberi impak kepada transformasi yang ingin dilaksanakan termasuklah bidang politik.

“Pelancaran jentera pilihanraya ini juga turut menekankan mengenai semangat patriostisme dan semangat kewarganegaraan sejajar dengan slogan 1Malaysia Menjana Transformasi serta memupuk semangat setiakawan serta juang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang selain menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada wadah perjuangan BN ,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

“Pergerakan Pemuda dan Puteri bersama-sama  dengan semua wakil rakyat dan barisan kepimpinan BN terus bekerja dan soal membela dan memperkasakan nasib rakyat terus menjadi agenda utama perjuangan parti,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..