Selasa, 18 Mac 2014

@PDRMsia Nafi Tentera US Cari #MH370 Di Ipoh - Bernama

Gambar yang tersebar di facebook.
Polis hari ini menyangkal gambar tersebar di laman sosial Facebook kononnya tentera Amerika Syarikat (AS) di Kota Baharu, Kelantan dan di Ipoh, Perak dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), gambar tersebut merujuk kepada latihan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tentera AS yang diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, Perak, pada 2012.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat supaya tidak mudah mempercayai maklumat tidak rasmi yang disiarkan di blog-blog atau mana-mana platform media.

PDRM mengingatkan bahawa penyebaran maklumat tidak tepat adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Gambar beberapa tentera AS tersebar di Facebook dan WhatsApp dengan mendakwa tentera AS berada di Kota Bharu dan Ipoh dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac lepas.

Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..