Selasa, 4 Mac 2014

Perak Sasar SMAN Kedudukan 5 Terbaik PMR, SPM - YB @NizarZakariaMP

Perak mensasarkan sekolah menengah agama di negeri ini berada pada kedudukan lima terbaik (top five) dalam keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, buat masa ini SMAN berada pada kedudukan sepuluh terbaik sahaja.

Menurut beliau, sebuah panel khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Nordin akan merangka program untuk mempertingkatkan lagi pendidikan agama di negeri ini.

"Jika sekolah agama di Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah masing-masing ada kelebihan dan kehebatan, kita di Perak juga perlu ada," katanya pada majlis penyerahkan keputusan peperiksaan I'dadi dan Thanawi 2013 di Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh hari ini.

Hadir sama Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin.

Drs Nizar memberitahu, antara usaha yang dilaksanakan ialah memantapkan lagi latihan untuk guru seperti penubuhan pusat kegiatan guru dan pemantapan bahasa Arab.

Menurut beliau, guru-guru untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan manakala guru-guru I'dadi dan Thanawi dibekalkan oleh kerajaan negeri melalui JAIPk.

Sementara itu, Yusop memberitahu, JAIPk akan menyeragamkan kurikulum untuk semua sekolah tahfiz di negeri ini di samping mewujudkan kerjasama dengan Kolej Komuniti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang di dalam akademik, hafazan dan bidang kemahiran.

Menurut beliau, pihaknya telah berbincang dengan Kolej Komuniti untuk bekerjasama mengadakan program kemahiran di tiga buah SMAN dan lima Sekolah Menengah Tahfiz Negeri yang ada setakat ini.

"Sekiranya semuanya berjalan lancar, insya Allah kita merancang untuk melaksanakan program itu bulan Jun ini," tambah beliau.

Tiga SMAN itu ialah Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah, Sekolah Menengah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah manakala lima Sekolah Menengah Tahfiz Negeri ialah di Pangkor, Lenggong, Semanggol, Tapah dan Sungai Siput.

Mengenai dakwaan mengenai kekurangan guru di sekolah menengah tahfiz kerajaan negeri, beliau menjelaskan, ia berlaku kerana guru yang ditawarkan telah menolak tawaran tersebut.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kekurangan itu akan diadakan secepat mungkin.

[PerakNews]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..