Khamis, 27 Mac 2014

#PemudaUMNO Cadang Pelajar Cemerlang #SPM2013 Diberi Tempat Di IPT Terbaik - @Azwanbro @Idris_Jusoh @MuhyiddinYassin #IPTA #IPTS


Seramai 100 pelajar yang mencatatkan keputusan 12A dalam peperiksaan SPM 2013 mesti ditempatkan di universiti terbaik sama ada di dalam atau luar negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, penempatan itu mesti dilakukan tanpa mengira keturunan pelajar terbabit.

“Pemuda UMNO mencadangkan semua pelajar mendapat 12A ini dijamin mendapat tempat dan kursus yang mereka inginkan di universiti terbaik tempatan mahupun di luar negara.

“Kita tidak mahu wujud lagi mereka yang cemerlang tertinggal dan tidak mendapat tempat. Kali ini, kita mesti buktikan bahawa di atas landasan Merit, mereka berhak diberikan tempat tanpa mengira latar belakang kaum dan sebagainya,” katanya melalui satu kenyataan media.

Azwan berkata, langkah itu dapat memberi keyakinan kepada golongan pelajar bahawa mereka tidak akan dipinggirkan atau faktor kaum sekali gus membuktikan semangat 1Malaysia yang diterapkan kerajaan.

Katanya, Pemuda UMNO turut meminta pihak swasta memberi ruang tajaan yang lebih meluas kepada lebih 13,000 pelajar yang mendapat keputusan A dalam semua subjek. – mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..