Sabtu, 19 April 2014

DS @Zahid_Hamidi Setuju Bina Balai Polis Changkat Lada , #PasirSalak Kawasan Paling Selamat di Perak @PDRMsia


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan persetujuannya untuk membina sebuah balai polis di Changkat Lada dan menaik taraf Balai Polis Jejawi dalam kawasan Parlimen Pasir Salak.

Katanya, kedua balai polis berkenaan adalah sangat diperlukan memandangkan bilangan penduduk di kedua kawasan berkenaan semakin ramai dan padat.

“Tapak bagi pembinaan balai polis Changkat Lada telahpun disediakan manakala kos pembinaannya masih lagi diperingkat perbincangan kerajaan Persekutuan.

''Saya bersetuju sebuah balai polis dibina di Changkat Lada dan menaik taraf Balai Polis Jejawi untuk memenuhi permintaan penduduk di kedua kawasan berkenaan,'' katanya semasa berucap pada “Majlis Minum Petang bersama warga Pasir Salak” di pekarangan Balai Polis Kampung Gajah pada Jumaat.


Zahid juga mengumumkan kawasan Parlimen Pasir Salak merupakan kawasan Parlimen paling selamat di negeri Perak kerana ketiadaan laporan kes jenayah dicatatkan sehingga kini.

Beliau seterusnya berkata, dalam usaha memantapkan jalinan perhubungan PDRM dengan masyarakat pendekatan lebih proaktif sedang dijalankan bagi mencapai ke arah itu.

''Kita akan jadikan polis sebagai anggota masyarakat , masyarakat sebagai anggota polis dalam falsafah memasyarakatkan polis dan mempoliskan masyarakat.'' katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kg Gajah, YB Tuan Haji Abdullah Fauzi Ahmad Razali serta Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Tajudin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..