Sabtu, 19 April 2014

Majlis Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa JPJ Malaysia April 2014


RABU, 16 April 2014 YPS berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Pegawai Penguatkuasa Gred N41 & Penolong Pegawai Penguatkuasa N17 Siri 1/2014 yang diadakan di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka.

Majlis Perasmian Penutup tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia YB Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi diawali dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Perkhidmatan Awam, Lagu Bina JPJ, Pemerikasaan Barisan dan Ucapan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia dan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.

Penyampaian anugerah kecemerlangan kursus juga disampaikan bagi kategori-kategori seperti Kawad Terbaik, Akademik Terbaik, Ko-Kurikulum Terbaik, Kepimpinan Terbaik dan Keseluruhan Terbaik.


Tidak ketinggalan juga, majlis tersebut dimeriahkan dengan beberapa persembahan padang seperti gerak semangat JPJ dan tempur tanpa senjata (TTS) oleh pegawai penguatkuasa JPJ yang berjaya menamatkan kursus, persembahan pancaragam oleh kumpulan pancaragam Penjara Malaysia dan kemahiran menunggang motosikal kuasa tinggi pegawai JPJ Malaysia.

YPS berkesempatan hadir ke majlis tersebut kerana adik bongsu YPS merupakan salah seorang dari peserta yang telah berjaya menamatkan kursus (yang amat-amat mencabar katanya) selama 3 bulan di sana.

Semoga beliau mampu menjalankan tugas serta amanah dengan baik demi agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..