Jumaat, 18 April 2014

@Azwanbro Serta Delegasi #PemudaUMNO Bertemu Pelajar Universiti Mu'tah di Jordan @NajibRazak @khairykj @ustazfathulbari


Selepas mengadakan pertemuan dengan sayap pemuda AK Parti di Turki, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun bersama delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkunjung ke destinasi seterusnya iaitu Jordan.

Azwan serta delegasi beliau akan berada selama tiga hari di Jordan dalam rangka lawatan bertemu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di 3 universiti utama di Amman, Irbid dan Mafraq selain bertemu Duta Besar Malaysia di sana, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz bagi benar-benar memahami masalah dihadapi pelajar berkenaan.


Sampai di Amman, sebelum bertemu pelajar, Azwan bersama delegasi Pemuda UMNO mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Malaysia bagi bertemu Datuk Abdul Malek.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia serta kakitangan kedutaan, delegasi Pemuda UMNO bergerak ke Mu'tah bagi menghadiri beberapa program yang telah disusun bersama pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu'tah.



Universiti Mu’tah yang terletak 11km dari bandar Karak menempatkan pelajar tempatan Jordan dan luar termasuklah Malaysia serta pelajar dari 22 negara yang lain. 

Mu’tah adalah sebuah kampung kecil yang terletak di daerah Karak. Bandar Karak terletak di selatan negara Jordan kira-kira 121km dari ibu negara Amman. 

Antara kawasan yang paling hampir dengan Mu’tah adalah Mazar yang mana di situ terdapatnya makam-makam sahabat Rasulullah yang syahid di medan perang Mu’tah.


Azwan berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti berkenaan. Pelajar-pelajar menzahirkan rasa gembira atas kesudian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengunjungi mereka.

Dalam pertemuan tersebut, Azwan turut mendengar serta menyelami permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Antara permasalahan besar yang disuarakan oleh mereka adalah peningkatan kos pembelajaran.

Menurut mereka yuran pembelajaran di universiti meningkat mendadak melebihi 100 peratus iaitu daripada 136 Dinar Jordan (RM640) setiap semester kepada lebih 336 Dinar Jordan (RM1,580).
* Tukaran Matawang Dinar Jordan (JD) kepada Ringgit Malaysia (RM). JD1.00 = RM4.50

Dengan peningkatan kos pengajian melebihi 100 peratus memang membebankan pelajar-pelajar kita. 

Bagi yang berkemampuan, mungkin ibu bapa mereka boleh mendahulukan wang untuk menampung pengajian tetapi keadaan itu tentu menyulitkan buat mahasiswa yang datang daripada keluarga susah.

Tetapi YPS yakin, Azwan serta Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pasti punya formula untuk membantu meringankan masalah tersebut.


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Fathul Bari yang bersama dalam delegasi Pemuda UMNO Malaysia berkesempatan bersama pelajar-pelajar Malaysia dalam suatu program dialog bertajuk “Hadis-Interaksi Masa Kini”.

Majlis tersebut mendapat sambutan hangat pelajar kita yang berada di sana.

Selepas makan tengahari bersama pelajar-pelajar Universiti Mu'tah, delegasi Pemuda UMNO bergerak ke Ibrid dan Mafraq untuk bertemu pelajar Malaysia yang menuntut di sana.


Jordan adalah di antara negara Arab miskin. Tiada hasil minyak, cuma proses minyak negara lain. Ia masyhur dengan pelancongan.  
Gua AshabulKahfi, Laut Mati, Medan Peperangan Mu’tah dan pelbagai tempat menarik ada di Jordan. 
Percakapan dalam dialek Jordan mudah difahami. Majoriti penduduk Jordan berasal dari Palestin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..