Sabtu, 8 Februari 2014

8 Bulan Sebagai Tim Menteri JPM, Waytha Cuma Bela 5 Ahli Kongsi Gelap @NajibRazak @Zahid_Hamidi #Hindraf

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak semua jawatan dalam kerajaan, termasuk Senator, berkuatkuasa 10 Februari ini. 

Perkara itu dinyatakan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (HINDRAF) menerusi kenyataan setiausahanya, P Ramesh.
 
Menurut P Ramesh, Waythamoorty memutuskan untuk meletak jawatan kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional gagal mengotakan janji, biarpun menang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu. 

HINDRAF menurut Ramesh, melakukan perkara di luar jangkaan, apabila memeterai perjanjian demi kepentingan masyarakat India dan kepercayaan terhadap kepimpinan BN, untuk mengotakan janji.
 

Ujar Ramesh, selepas 8 bulan,  pertubuhan itu sudah berputus asa.
Justeru, jawatankuasa pusat HINDRAF hari ini setuju sebulat suara supaya Waythamoorthy meletak jawatan daripada semua jawatan kerajaan.
 

Menurut Ramesh, satu-satunya kekesalan HINDRAF adalah kegagalannya untuk membawa perubahan kepada masyarakat india yang hidup dalam kemiskinan.
 

Waythamoorthy dilantik sebagai Senator dan Timbalan Menteri selepas PRU-13.
Sebelum itu, HINDRAF memeterai perjanjian persefahaman dengan kerajaan pada 18 April untuk berusaha menyelesaikan isu sosio ekonomi melibatkan masyarakat india.
 

Sementara itu, Waythamoorthy mengesahkan beliau telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini namun masih belum menerima sebarang maklum balas.
 

Katanya kepada Utusan Malaysia, peletakan jawatan itu adalah sebahagian daripada keputusan bersama yang dicapai dalam mesyuarat  jawatankuasa pusat HINDRAF.


YPS tergelak membaca alasan Waythamoorthy meletakkan jawatan. Menurut Ramesh, punca utama Waythamoorthy meletakkan jawatan adalah kerana kegagalan kerajaan BN menunaikan janji selepas PRU ke 13.

Dalam masa yang sama, Ramesh memberitahu, HINDRAF kesal atas kegagalan Senator Waythamoorthy membawa perubahan kepada masyarakat India yang hidup dalam kemiskinan.

Sepatutnya, Waythamoorty menyalahkan diri beliau sendiri kerana gagal membantu dan menyelesaikan masalah kaum India yang beliau wakili. 

Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak telah bermurah hati melantik Waythamoorthy sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang beliau lakukan sepanjang 8 bulan berada di kerusi empuk Timbalan Menteri? Sejauh mana beliau yang telah diberi kuasa berjaya berperanan sebagai wakil masyarakat India di pejabat Perdana Menteri.

Seingat YPS, Waythamoorthy cuma bersuara ketika mempertikaikan tindakan pihak polis menangani jenayah di Pulau Pinang Ogos tahun lalu.

Waythamoorthy mempersoalkan tindakan pihak PDRM menembak mati 5 penjenayah disyaki ahli kumpulan kongsi gelap 04 Pulau Pinang.

Beberapa orang Menteri Kabinet bangun menempelak tindakan Waythamoorthy serta mendesak beliau meletakkan jawatan.

Perdana Menteri turut menegur Waythamoorthy agar mengeluarkan kenyataan senada dengan dasar-dasar kerajaan. 

Selain dari itu, YPS tak pernah mendengar Waytha bersuara bagi kepentingan kumpulan yang diwakilinya. 

Ada ker??? Rasanya tiada. Ada??!!! Kalau ada YPS minta maaflah. YPS terlepas pandang kotttt... Hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..