Jumaat, 21 Februari 2014

TPM Umum Chew Mei Fun Calon #BN #PRKKajang @MuhyiddinYassin #MCA


Naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seperti diramalkan pelbagai pihak.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Muhyiddin berkata Chew dilihat sebagai calon yang paling sesuai, berwibawa dan pernah memegang jawatan dalam kerajaan.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama.

Beliau juga pernah menjadi Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi DUN Kajang telah dikosongkan berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan PKR Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Selain Anwar, bekas Presiden parti KITA Datuk Zaid Ibrahim turut umumkan keinginan untuk bertanding sebagai calon bebas.

Dalam PRU 13, Lee memperolehi 19,571 undi untuk mengalahkan calon BN, Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Lee menang dengan majoriti 6,824 setelah mengalahkan empat calon bebas lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..