Sabtu, 22 Februari 2014

UMNO Pecat 5 Ahli Sabotaj Parti - Presiden UMNO @NajibRazak

Jawatankuasa Disiplin UMNO memecat keanggotaan lima individu kerana mensabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke13 yang lalu.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan dibuat selepas jawatankuasa sebulat suara menyatakan kesemua mereka melanggar disiplin parti.

Lima individu berkenaan ialah Bahrim Abdullah dari UMNO Bahagian Kuala Pilah, Abdul Mohsin Mohamad Shariff dan  Mohamad Amri dari UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Mohamad Azrith Amri; UMNO Bahagian Machang, Hasan Bahri Mat Isa; UMNO Bahagian Jempol, dan  Zulkifli Zakaria; UMNO Bahagian Bachok.

Najib berkata, sebarang rayuan hanya boleh dilakukan pada tempoh tertentu dan bergantung kepada keputusan jawatankuasa disiplin parti.

“Ada kes tertentu jawatankuasa disiplin berpuashati bahawa mereka langgar disiplin parti. Dia boleh appeal tapi mesti ada edah, tapi kalau tanding Bebas dia tak boleh diterima selepas edah dia boleh appeal terpulang pada jawatankuasa pengurusan dan jawatan kuasa.”

Najib berkata demikian semasa sidang media selepas menpengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..