Jumaat, 7 Februari 2014

VIDEO PANAS!!! @Azwanbro & #PemudaUMNO Sedia Langgar @AnwarIbrahim #PRKKajang @NajibRazak @KhairyKJ @MuhyiddinYassin





Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun berkesempatan bersama kepimpinan UMNO Selangor bagi merancang gerak kerja serta persiapan jentera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan kehadiran, sokongan dan dokongan pimpinan Pemuda UMNO Negeri Selangor yang hadir pada malam tersebut walaupun dengan notis jemputan yang singkat.

"Kalau beginilah Datuk Johan (Ketua UMNO Bahagian Hulu langat), pasti berita yang saya khabarkan buat YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan buat YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hanya notis dalam waktu yang singkat kehadiran sokongan dan dokongan daripada pimpinan keseluruhan pemuda UMNO negeri Selangor sebegini rupa, yakin dan percayalah, kita pasti jika tidak menang, kita akan mengurangkan majoriti parti PKR di DUN Kajang ini", kata Azwan penuh bersemangat. 

Selaku Panglima No 2 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, beliau berjanji untuk bersama-sama dengan Jentera Pemuda UMNO sepanjang tempoh berkempen untuk menghadapi Anwar Ibrahim.

Azwan yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia turut memaklumkan bahawa beliau telah diberi kepercayaan oleh YAB Presiden UMNO untuk menjadi 'Bapa Angkat' kepada UMNO Bahagian Hulu Langat. 

Beliau bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut kerana beliau yakin serta mampu menjalinkan kerjasama dengan YB Datuk Haji Johan Abdul Aziz selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat.

"Saya percaya dibawah kepimpinan beliau (Datuk Johan), UMNO Bahagian Hulu Langat ini pasti dapat menjulang obor Barisan Nasional bagi menghadapi PRK DUN Kajang, In Sha Allah.

Menurut Azwan lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seperti yang diputuskan dalam mesyuarat exco, mengambil pendirian  agar pucuk pimpinan parti meletakkan calon Barisan Nasional bagi menghadapi Anwar Ibrahim di N25 DUN Kajang.

"Saya yakin, Pergerakan UMNO Bahagian Hulu Langat, dengan sokongan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian seluruh Selangor, In Sha Allah Jentera Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional lebih mantap dan lebih bersedia berbanding PRK DUN Sungai Limau tempohari.

Selain YB Datuk Johan dan Saudara Jefrizal Jaafar selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat, turut bersama hadir ke majlis tersebut adalah Saudara Mohd Razlan Rafii, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Zainuri Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Selangor dan beberapa orang EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..